Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Rampas Sita Aset Mewah Rm93 2 Juta Milik Jasmine Hasil Penyelewengan 1mdb

Diterbitkan: 04 Sep 2023 10.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Aset yang merangkumi hartanah, akaun bank, lukisan, beg tangan berjenama mewah, jam tangan dan dokumen berkaitan dianggarkan bernilai RM93.2 juta iaitu nilai semasa pembelian dibuat pada 20
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-rampas-sita-aset-mewah-rm93-2-juta-milik-jasmine-hasil-penyelewengan-1mdb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:07 MYT
Kuala Lumpur, 4 September 2023 - Polis Diraja Malaysia menyita dan merampas sebahagian aset hasil penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang didaftarkan atas nama penasihat undang-undang firma pelaburan itu, Jasmine Loo Ai Swan.

Aset yang merangkumi hartanah, akaun bank, lukisan, beg tangan berjenama mewah, jam tangan dan dokumen berkaitan dianggarkan bernilai RM93.2 juta iaitu nilai semasa pembelian dibuat pada 2013.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua rampasan ini diperoleh hasil pendedahan Jasmine ketika memberikan keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

"Semua aset ini membabitkan pembelian hartanah dan barangan mewah di New York, London dan Singapura serta pelaburan di Amerika Syarikat yang semuanya didaftar atas nama Jasmine.

"Selain kediaman mewah ini, terdapat juga sembilan lukisan mewah termasuk dua daripadanya lukisan Pablo Picasso," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Dato' Sri Ayob berkata, dengan pendedahan dibuat Jasmine juga, polis melakukan pemeriksaan di satu unit kondominium di Bukit Damansara, di sini, dan menyita barangan berharga RM625,000.

"Sitaan itu membabitkan masing-masing seutas jam tangan jenama Richard Mille dan jam tangan Harry Winston, 13 beg tangan pelbagai jenama, seutas gelang tangan dan pelbagai dokumen berkaitan.

"Semua aset yang dirampas kini berada dalam simpanan JSJK," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-rampas-sita-aset...

Sumber: Berita Harian Online

May be an image of 2 people, dais, newsroom and text

May be an image of 3 people and text that says 'BUKIT AMA BUKIT AMAN'

May be an image of 9 people and text

ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2023 10.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM