Artikel
Artikel Pilihan Isu Tular Polis Buru Geng Rempit Latar
Kuala Selangor, 11 April 2023 - Jadikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini, sebagai litar untuk berlumba haram membabitkan dua kumpulan penu...
Kuala Selangor, 11 April 2023 - Jadikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini, sebagai litar untuk berlumba haram membabitkan dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi.
Kegiatan itu yang tular di media sosial mengundang padah apabila ahli kumpulan berkenaan kini menjadi buruan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, terdahulu pihaknya menerima dua rakaman video berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari tadi.
"Dua daripada mereka melakukan aksi 'wheelie' iaitu mengangkat tayar dan bersaing sesama sendiri.
"Aksi itu dirakam oleh seorang lagi penunggang motosikal," katanya tadi.
Beliau berkata, ketika ini polis giat mengesan pemilik video asal dan semua penunggang motosikal terbabit.
Menurut Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
