Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Lelaki Dera Kanak Kanak Ditahan Polis

Published: 09 Jun 2023 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 - Lelaki yang dipercayai mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini, berjaya ditahan polis, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-lelaki-dera-kanak-kanak-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:33 MYT
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 - Lelaki yang dipercayai mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini, berjaya ditahan polis, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, DSP Saralathan Duraisamy berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Jinjang, Sentul.
"Polis akan memohon perintah reman di mahkamah hari ini," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Media sebelum ini melaporkan polis menerima maklumat berhubung penderaan ke atas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
DSP Saralathan Duraisamy dipetik berkata, berdasarkan maklumat suspek dipercayai memukul mangsa kerana dikatakan bising, menyebabkan kanak-kanak itu bengkak pada bibir dan lebam kedua-dua mata serta bahagian belakang badan.
Kejadian dilapor berlaku di rumah dihuni suspek dan teman wanitanya sebelum kanak-kanak itu dihantar ke rumah keluarga wanita terbabit di Taman Setapak Jaya.
Difahamkan ketika kejadian, ibu mangsa ada bersama anaknya namun tidak melawan suspek.

Sumber: Berita Harian

 
 
ArticlePublished 09 Jun 2023 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM