Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Anak Mengadu Sakit Badan Bongkar Kelakuan Penjaga Di Tadika

Published: 10 Aug 2023 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Kinabalu, 10 Ogos 2023 - Anak mengadu sakit di bahagian tubuh badan membawa kepada penemuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang penjaga mengasari kanak-kanak di sebuah tadika di Luyang dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-anak-mengadu-sakit-badan-bongkar-kelakuan-penjaga-di-tadika
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
Kota Kinabalu, 10 Ogos 2023 - Anak mengadu sakit di bahagian tubuh badan membawa kepada penemuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang penjaga mengasari kanak-kanak di sebuah tadika di Luyang dekat sini.

Kejadian yang turut tular di media sosial itu dilakukan oleh suspek wanita berusia 27 tahun terhadap seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya mengesan rakaman video membabitkan seorang kanak-kanak dikasari di sebuah tadika.

"Hasil siasatan mendapati, kedua ibu bapa dimaklumkan oleh anaknya bahawa dia telah dikasari oleh penjaganya sehingga mengalami kesakitan di beberapa bahagian tubuhnya.

"Ibu bapa mangsa kemudian telah pergi ke tadika terbabit dan melihat rakaman CCTV sebelum mendapati anak mereka telah dikasari oleh salah seorang penjaga di tadika berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.sinarharian.com.my/.../anak-mengadu-sakit...

Sumber: Sinar Harian

 
ArticlePublished 10 Aug 2023 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM