Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Palestin Polis Tidak Terima Laporan Ugutan Keselamatan Negara Terjamin Kpn

Diterbitkan: 17 Nov 2023 10.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan ugutan secara langsung mahupun tidak langsung susulan pendirian dan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-palestin-polis-tidak-terima-laporan-ugutan-keselamatan-negara-terjamin-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:30 MYT
Kuala Lumpur, 17 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan ugutan secara langsung mahupun tidak langsung susulan pendirian dan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata bagaimanapun, PDRM masih mengumpul maklumat dan risikan sekiranya terdapat ancaman dari pihak luar berhubung perkara itu.

“Setakat ini situasi negara berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Tan Sri Razarudin berkata demikian ketika ditanya sama ada polis menerima laporan ugutan daripada mana-mana pihak berikutan kelantangan Malaysia yang berpihak kepada Palestin.

Malaysia antara negara yang lantang menggesa dunia mengambil tindakan segera untuk menamatkan serangan rejim Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza, mengakibatkan kini lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 29,000 yang lain cedera sejak 7 Oktober lepas.


ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2023 10.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM