
Artikel
Artikel Pilihan Isu Palestin Polis Tidak Terima Laporan Ugutan Keselamatan Negara Terjamin Kpn
Kuala Lumpur, 17 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan ugutan secara langsung mahupun tidak langsung susulan pendirian d...
Kuala Lumpur, 17 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan ugutan secara langsung mahupun tidak langsung susulan pendirian dan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
“Setakat ini situasi negara berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Tan Sri Razarudin berkata demikian ketika ditanya sama ada polis menerima laporan ugutan daripada mana-mana pihak berikutan kelantangan Malaysia yang berpihak kepada Palestin.
Malaysia antara negara yang lantang menggesa dunia mengambil tindakan segera untuk menamatkan serangan rejim Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza, mengakibatkan kini lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 29,000 yang lain cedera sejak 7 Oktober lepas.