Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu 3r Siasatan Hampir Selesai Kpn

Diterbitkan: 16 Jul 2023 11.20 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.20 PM
Kota Bharu, 16 Julai 2023 - Siasatan polis terhadap tiga pemimpin parti berhubung kenyataan mereka yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) sudah hampir selesai dan dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara , minggu depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-3r-siasatan-hampir-selesai-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:51 MYT
Kota Bharu, 16 Julai 2023 - Siasatan polis terhadap tiga pemimpin parti berhubung kenyataan mereka yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) sudah hampir selesai dan dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara , minggu depan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga individu terbabit ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

"Ketiga-tiga mereka telah memberikan kenyataan masing-masing.

"Siasatan polis juga sudah hampir selesai dan kita akan hantar kertas siasatan ke peguam negara secepat mungkin, mungkin minggu depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) Kontinjen Kelantan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut;

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Bernama
ArtikelDiterbitkan 16 Jul 2023 11.20 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.20 PM