Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Ipcc Berkuat Kuasa Jun Tahun Depan

Diterbitkan: 13 Dec 2022 8.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 Disember 2022 - Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan dikuatkuasakan mulai Jun tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-ipcc-berkuat-kuasa-jun-tahun-depan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT
Kuala Lumpur, 13 Disember 2022 - Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan dikuatkuasakan mulai Jun tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz mengenai tarikh penguatkuasaan akta itu.
"Bersama-sama Dato' Sri Wan Ahmad, kita sudah bincang dan ia akan berkuat kuasa pada Jun depan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan serta menghadiri sesi taklimat dengan pengurusan kanan Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, polis mematuhi segala proses penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747), dan undang-undang berkenaan akan terus digunakan bagi menjamin keselamatan rakyat.

"Saya mahu mengulangi bahawa apabila tangkapan dibuat, sudah tentu ia berasaskan maklumat risikan ke atas kumpulan atau kegiatan yang membawa kemudaratan dan ancaman pada keselamatan rakyat. Itu menjadi asas kepada tindakan polis kalau letak bawah SOSMA. Dia harus mengikut segala proses yang dibenarkan oleh SOSMA.
"Ketika ini, proses itu dipatuhi, malah terdapat juga (individu ditangkap bawah) SOSMA yang ditahan dan dilepaskan atau diadili di mahkamah serta menang melalui khidmat peguam, itu pun ada. Tidak semua tahanan SOSMA berakhir dengan berada di dalam penjara, sebab proses terbabit dipatuhi," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../ipcc-berkuat-kuasa-jun...

 
 
ArtikelDiterbitkan 13 Dec 2022 8.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM