Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Inisiatif Polis Bantu Pelajar Dapat Internet

Published: 31 Jan 2021 2.20 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Ranau, 31 Januari 2021 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau mengambil inisiatif membersihkan kawasan dan membina khemah di atas bukit setinggi 100 meter di Kampung Paus di sini bagi membantu pelajar mendapatkan capaian Internet untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-inisiatif-polis-bantu-pelajar-dapat-internet
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:43 MYT
Ranau, 31 Januari 2021 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau mengambil inisiatif membersihkan kawasan dan membina khemah di atas bukit setinggi 100 meter di Kampung Paus di sini bagi membantu pelajar mendapatkan capaian Internet untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Sammy Newton berkata, ketiadaan isyarat Internet yang baik di kampung itu menyukarkan pelajar mengikuti sesi PdPR, justeru pihaknya menyediakan khemah di atas bukit yang juga di dalam ladang kelapa sawit bagi memberi manfaat kepada lebih 30 pelajar di kampung itu.

"Semua peralatan khemah lengkap dengan meja dan kerusi adalah sumbangan daripada pegawai dan anggota IPD Ranau selain menyumbangkan pelitup muka, cecair pensanitasi tangan dan bakul makanan untuk pelajar di situ”, katanya kepada Bernama.

Bersesuaian dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', DSP Sammy berkata, khemah berkenaan dibina pada Jumaat lalu hasil gotong-royong petugas di IPD Ranau bagi menyediakan keselesaan kepada pelajar dan secara tidak langsung memberi kelegaan kepada ibu bapa pelajar di kampung berkenaan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1927200

Sumber:
BERNAMA

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArticlePublished 31 Jan 2021 2.20 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM