Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Individu Disiasat Ikut Akta Hasutan Boleh Ditahan Bila Bila Masa Kpn

Published: 18 Jul 2023 12.25 PM Updated: 15 Aug 2026 8.21 PM
Kuala Lumpur, 18 Julai 2023 - Individu yang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 boleh ditahan pada bila-bila masa, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-individu-disiasat-ikut-akta-hasutan-boleh-ditahan-bila-bila-masa-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT
Kuala Lumpur, 18 Julai 2023 - Individu yang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 boleh ditahan pada bila-bila masa, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Ini termasuk, katanya, kes membabitkan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor apabila siasatan kes 3R (agama, bangsa, raja) terhadapnya yang menjurus kepada akta berkenaan.

Tan Sri Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menahan individu yang disiasat mengikut akta berkenaan pada bila-bila masa kerana ia bukannya "non-seizable" (tak lazim ditahan).

"Seksyen 4 (1) (Akta Hasutan) ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang lazim ditahan..bukannya "non-seizable" (tidak lazim ditahan) dan ia adalah "seizable offence" (kesalahan yang boleh ditahan).

"Sebenarnya, kalau "seizable offence" ini, kalau tanya sayalah, bila-bila kita nak tangkap pun tidak apa, bila-bila pun boleh," katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan tindakan PDRM menahan Dato' Seri Hj. Muhammad Sanusi malam tadi di sebuah hotel di Mont Kiara sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen/Majistret Selayang untuk dua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Tan Sri Razarudin berkata, penahanan terhadap Dato' Seri Hj. Muhammad Sanusi perlu dibuat kerana tahap kesalahan yang dilakukannya serius kerana ia mencetuskan kegusaran dan rasa tidak puas hati ramai pihak.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../individu-disiasat-ikut...

Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

 
 
ArticlePublished 18 Jul 2023 12.25 PMUpdated 15 Aug 2026 8.21 PM