Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Hebahan Kehilangan Kanak Kanak Di Media Sosial Perlu Dilakukan Dengan Waspada Pengarah Jsj

Published: 05 May 2022 3.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Mei 2022 - Hebahan melalui media menerusi aplikasi antaranya Facebook dan WhatsApp mengenai kehilangan kanak-kanak sememangnya dapat membantu pihak berkuasa, tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan keluarga yang terlibat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hebahan-kehilangan-kanak-kanak-di-media-sosial-perlu-dilakukan-dengan-waspada-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:19 MYT
Kuala Lumpur, 5 Mei 2022 - Hebahan melalui media menerusi aplikasi antaranya Facebook dan WhatsApp mengenai kehilangan kanak-kanak sememangnya dapat membantu pihak berkuasa, tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan keluarga yang terlibat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd. Jalil Hassan berkata, ibu bapa atau orang ramai yang ingin membuat hebahan kanak-kanak hilang perlu menggunakan platform yang betul.
Beliau berkata, ibu bapa terlebih dahulu perlu membuat laporan polis dan menyerahkan tindakan hebahan dibuat oleh pihak polis melalui sistem hebahan yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang khusus untuk memastikan maklumat kanak-kanak disebar luas dengan mekanisme yang betul.
"Hebahan kanak-kanak hilang perlu mengikut SOP yang digariskan polis bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan ahli keluarga tidak terancam dan disalahgunakan.
Hebahan hanya akan dibuat dengan kebenaran bertulis ibu bapa setelah siasatan mendapati tiada melibatkan unsur-unsur tebusan dan ancaman," katanya.
Dato' Sri Abd. Jalil berkata, hebahan juga hanya memaparkan butir-butir yang terhad seperti gambar kanak-kanak yang hilang, nama, nombor laporan selain nama dan nombor telefon pegawai penyiasat.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2078128

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 05 May 2022 3.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM