Article
Artikel Pilihan Hari Polis Ke 217 Pengorbanan Khidmat Bakti Sang Saka Biru Terus Disanjung
Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 - Menginjak usia 217 tahun Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), peranan serta pengorbanan Pasukan keselamatan negara itu memelihara...
Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 - Menginjak usia 217 tahun Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), peranan serta pengorbanan Pasukan keselamatan negara itu memelihara keamanan dan kehormanian negara terus dihargai dan disanjung masyarakat.
Di ibu negara, Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Sambutan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis, di sini yang turut dimeriahkan dengan persembahan 'Subuh Berdarah' berkisarkan tragedi pertempuran polis dengan komunis di Balai Polis Kuala Krau, Temerloh, Pahang pada 1949.
Di Perak, Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengingatkan semua anggota polis supaya terus meningkatkan integriti serta berkhidmat dengan rasa penuh tanggungjawab demi memastikan keselamatan negeri dan rakyat sentiasa dijaga.
Sumber: BERNAMA
