Article
Artikel Pilihan Hari Polis Ke 216 Aspek Kebajikan Anggota Dan Keluarga Pdrm Diberi Perhatian
Sumber: Berita Harian Online
Kuala Lumpur, 20 Mac 2023 - Kerajaan berusaha untuk memastikan aspek kebajikan setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi keutamaan termasuk proses menaikkan tangga gaji.
Usaha ini bukanlah hanya dibuat secara bermusim terutama pada setiap kali ulangtahun Peringatan Hari Polis, sebaliknya secara berterusan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata berdasarkan Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 24 Februari lalu, aspek kebajikan keluarga pasukan keselamatan itu menjadi keutamaan kerajaan.
"Bila kita perhatikan Belanjawan 2023 yang dibentangkan sebelum ini oleh Perdana Menteri aspek kebajikan seperti menaiktaraf kediaman warga PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebesar RM500 juta menjadi keutamaan kerajaan.
Sumber: Berita Harian Online
