Article
Artikel Pilihan Hari Ke 3 Nahas Pesawat N28jv Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai Tunggu Padanan Dna Kp Selangor
Sumber: Berita Harian Online
Klang, 19 Ogos 2023 - Proses bedah siasat terhadap 10 mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam selesai malam tadi dan kini menunggu hasil padanan asid deoksiribonukleik (DNA).
"Semalam kita mendapat satu padanan DNA yang positif milik penunggang p-hailing Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32 tahun, dan jenazah diserahkan kepada warisnya pada pagi ini.
"Pihak Jabatan Kimia sedang berusaha keras untuk melengkapkan semua padanan DNA dan kita positif semua urusan akan selesai Isnin ini," katanya pada sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../nahas-elmina-bedah-siasat...
Sumber: Berita Harian Online
