Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Hari Ke 2 Nahas Pesawat N28jv Polis Cari Pemilik Rakaman Nahas Bantu Siasatan

Diterbitkan: 18 Aug 2023 9.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-cari-pemilik-rakaman...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-ke-2-nahas-pesawat-n28jv-polis-cari-pemilik-rakaman-nahas-bantu-siasatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:20 MYT
Shah Alam, 18 Ogos 2023 - Pemilik kamera papan pemuka atau dashcam yang merakamkan kejadian pesawat terhempas di Elmina dekat sini, petang semalam, diminta tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakaman berkenan boleh membantu siasatan pihak berkuasa mengenai insiden yang mengorbankan 10 nyawa itu.

"Kita akan cari mereka (pemilik kamera papan pemuka) bagi membantu siasatan kes ini. Kalau boleh mereka tampil memberi maklumat yang diperlukan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Beliau turut memaklumkan pesawat itu tidak mempunyai Perakam Data Penerbangan (FDR) manakala perakam suara kokpit (CVR) sudah ditemui pada jam 10.20 malam tadi.

Katanya, CVR itu dijumpai oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di lokasi utama nahas.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-cari-pemilik-rakaman...

 
ArtikelDiterbitkan 18 Aug 2023 9.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM