Article
Artikel Pilihan Hanya Yang Mencurigakan Akan Ditahan Diperiksa Polis Kpn
Kuala Lumpur, 15 April 2023 - Pemeriksaan serta penahanan yang dilakukan pihak polis akan menyasarkan terhadap individu yang disyaki melakukan kesalahan dan bu...
Kuala Lumpur, 15 April 2023 - Pemeriksaan serta penahanan yang dilakukan pihak polis akan menyasarkan terhadap individu yang disyaki melakukan kesalahan dan bukannya dilakukan secara semberono.
Katanya, saranan ini ditujukan kepada semua yang melakukan penguatkuasaan pasukan terutama Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda Polis (MPV), anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik dan anggota rondaan jalan kaki.
"Kita nak hapuskan perasangka dan stigma negatif masyarakat terhadap polis, supaya apabila unit-unit penguatkuasaan polis ini menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap sesebuah kenderaan atau pejalan kaki, maka masyarakat akan sedar dan faham bahawa tindakan polis itu adalah demi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan kekal terpelihara.
"Justeru, kita tidak mahu lagi masyarakat mengganggap bahawa setiap tindakan polis menahan dan memeriksa sama ada kenderaan atau individu pejalan kaki atas sebab-sebab lain yang berbentuk negatif sehingga boleh menjatuhkan maruah dan imej setiap warga polis," katanya pada program Singgah Sahur bersama pegawai dan anggota MPV dan URB, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Sumber: Berita Harian
