Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Hanya Yang Mencurigakan Akan Ditahan Diperiksa Polis Kpn

Diterbitkan: 15 Apr 2023 10.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 15 April 2023 - Pemeriksaan serta penahanan yang dilakukan pihak polis akan menyasarkan terhadap individu yang disyaki melakukan kesalahan dan bukannya dilakukan secara semberono.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hanya-yang-mencurigakan-akan-ditahan-diperiksa-polis-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:18 MYT
Kuala Lumpur, 15 April 2023 - Pemeriksaan serta penahanan yang dilakukan pihak polis akan menyasarkan terhadap individu yang disyaki melakukan kesalahan dan bukannya dilakukan secara semberono.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata ia adalah bagi menghakis stigma dan pandangan negatif masyarakat apabila melihat polis melakukan pemeriksaan dan penahanan di tempat awam.
Katanya, saranan ini ditujukan kepada semua yang melakukan penguatkuasaan pasukan terutama Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda Polis (MPV), anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik dan anggota rondaan jalan kaki.
"Kita nak hapuskan perasangka dan stigma negatif masyarakat terhadap polis, supaya apabila unit-unit penguatkuasaan polis ini menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap sesebuah kenderaan atau pejalan kaki, maka masyarakat akan sedar dan faham bahawa tindakan polis itu adalah demi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan kekal terpelihara.

"Justeru, kita tidak mahu lagi masyarakat mengganggap bahawa setiap tindakan polis menahan dan memeriksa sama ada kenderaan atau individu pejalan kaki atas sebab-sebab lain yang berbentuk negatif sehingga boleh menjatuhkan maruah dan imej setiap warga polis," katanya pada program Singgah Sahur bersama pegawai dan anggota MPV dan URB, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../hanya-yang-mencurigakan...


Artikel Pilihan Hanya Yang Mencurigakan Akan Ditahan Diperiksa Polis Kpn
ArtikelDiterbitkan 15 Apr 2023 10.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM