Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Garis Panduan Aktiviti Riadah Di Lokasi Berisiko Perlu Disemak Semula Kpn

Published: 25 Dec 2022 8.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Hulu Selangor, 25 Disember 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meminta pihak berkaitan segera menyemak semula garis panduan aktiviti riadah di lokasi berisiko, termasuk di kawasan cerun dan berhampiran sungai bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-garis-panduan-aktiviti-riadah-di-lokasi-berisiko-perlu-disemak-semula-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:30 MYT
Hulu Selangor, 25 Disember 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meminta pihak berkaitan segera menyemak semula garis panduan aktiviti riadah di lokasi berisiko, termasuk di kawasan cerun dan berhampiran sungai bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang. "Dari segi penambahbaikan, ini saya serahkan pada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan berkaitan untuk membuat semakan semula," katanya pada sidang media di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di Batang Kali, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai penutupan jalan Batang Kali-Genting, beliau berkata, perkara itu akan dirujuk kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan PBT. "Soal laluan di sini, kita kena rujuk JKR dan PBT. Mereka mungkin perlu membuat kajian dari aspek keselamatan sebelum apa-apa keputusan dibuat," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../garis-panduan-aktiviti...

Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Garis Panduan Aktiviti Riadah Di Lokasi Berisiko Perlu Disemak Semula Kpn
ArticlePublished 25 Dec 2022 8.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM