Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Gaji Pegawai Dan Anggota Polis Dikaji Semula Kpn

Diterbitkan: 06 Jul 2023 3.06 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.20 PM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara itu sedang dikaji semula untuk memperbaiki tahap tangga gaji dalam PDRM, khususnya bagi meningkatkan tahap integriti pasuka
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-gaji-pegawai-dan-anggota-polis-dikaji-semula-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:59 MYT
Kuala Lumpur, 6 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa ini sedang berusaha mengkaji semula tangga gaji pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan utama negara itu.

Isu itu kini di peringkat perbincangan bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), bagi memperhalusi semula tangga gaji pegawai dan anggota PDRM.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara itu sedang dikaji semula untuk memperbaiki tahap tangga gaji dalam PDRM, khususnya bagi meningkatkan tahap integriti pasukan.

"Gaji yang diterima anggota berpangkat rendah adalah kecil, selain tidak setimpal dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar.

"Bagi anggota berpangkat Konstabel contohnya, tangga gaji yang diterima mereka sekitar RM2,000 termasuk elaun dan untuk mereka yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah, jumlah ini agak banyak, namun bagi anggota yang tinggal di Kuala Lumpur, dia akan menjadi miskin bandar.

"Tetapi bagi seorang pegawai berpangkat Inspektor yang mempunyai gaji sekitar RM4,000 dan bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor, mereka perlu menyewa rumah bersama rakan lain (bukan polis) kerana kos sara hidup yang mahal," katanya pada Sesi Pertemuan Ketua Polis Negara bersama Ketua Pengarang dan wakil agensi media tempatan dan antarabangsa.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../gaji-pegawai-anggota-polis...

ArtikelDiterbitkan 06 Jul 2023 3.06 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.20 PM