Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Enam Lagi Ahli Gisbh Akan Didakwa Di Mahkamah Esok Kpn

Published: 12 Oct 2024 1.58 PM Updated: 17 Jul 2026 2.26 AM
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2024 - Enam individu dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) akan didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan orang di Johor, esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-enam-lagi-ahli-gisbh-akan-didakwa-di-mahkamah-esok-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2024 - Enam individu dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) akan didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan orang di Johor, esok.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata pertuduhan berkaitan jenayah seksual akan dijalankan ke atas seorang pekerja resort milik GISBH yang beroperasi di Kota Tinggi, Johor.

Beliau berkata, lelaki berusia 20 tahun itu akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Mangsa dalam kejadian itu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dengan kejadian dilaporkan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 1 dan 3 Jun lalu.

"Suspek dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada jam 8.30 pagi esok," katanya kepada BH, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

ArticlePublished 12 Oct 2024 1.58 PMUpdated 17 Jul 2026 2.26 AM