Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Empat Lelaki Mengaku Bersalah Lakukan Kekerasan Jenayah Cederakan Polis

Diterbitkan: 27 Apr 2023 7.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Khalid Khamis, 38, Mohamed Efendi Mohamed Said, 40, dan adiknya Muhammad Fazli Mohamed Said, 24, didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan terhadap Lans Koperal Muhammad Hasrull Mohd Namiri dengan niat menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-empat-lelaki-mengaku-bersalah-lakukan-kekerasan-jenayah-cederakan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:18 MYT
 
Pontian, 27 April 2023 - Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan menyebabkan kecederaan seorang anggota polis dekat Kulai, pada pagi 1 Syawal.

Khalid Khamis, 38, Mohamed Efendi Mohamed Said, 40, dan adiknya Muhammad Fazli Mohamed Said, 24, didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan terhadap Lans Koperal Muhammad Hasrull Mohd Namiri dengan niat menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 7, Jalan Kulai menghala Kota Tinggi, dekat Kulai pada kira-kira 3 pagi, Sabtu lepas.

Sementara itu, Mohamad Haikal Karim, 23, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Hasrull dengan menggunakan tangan dan kaki, di lokasi dan waktu yang sama.

Khalid, Mohamed Efendi dan Muhammad Fazli dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mohamad Haikal pula didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

EMPAT LELAKI MENGAKU BERSALAH LAKUKAN KEKERASAN JENAYAH, CEDERAKAN POLIS


ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2023 7.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM