
Article
Artikel Pilihan Dua Insiden Tembakan Polis Perkukuh Kawalan Keselamatan Di Ibu Negara Terkawal Kpn
Kuala Lumpur, 18 Jun 2025 – Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal dan Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman meskipun dua...
Kuala Lumpur, 18 Jun 2025 – Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal dan Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman meskipun dua insiden tembakan dilaporkan berlaku di Brickfields dan Cheras dalam tempoh empat hari.
Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua kejadian dipercayai berpunca daripada perseteruan antara suspek dan mangsa serta mempunyai motif tertentu, dan bukannya melibatkan tembakan rambang.
“Seperti yang dinyatakan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, kejadian tersebut melibatkan sasaran tertentu dan ia berlaku akibat konflik yang tercetus di luar kawasan ibu negara.
“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana keselamatan di sekitar Kuala Lumpur masih terkawal,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.