Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

[ARTIKEL PILIHAN] DUA INSIDEN TEMBAKAN: POLIS PERKUKUH KAWALAN, KESELAMATAN DI IBU NEGARA TERKAWAL – KPN

Diterbitkan: 19 Jun 2025 12.20 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.57 PM
Kuala Lumpur, 18 Jun 2025 – Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal dan Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman meskipun dua insiden tembakan dilaporkan berlaku di Brickfields dan Cheras dalam tempoh empat hari.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dua-insiden-tembakan-polis-perkukuh-kawalan-keselamatan-di-ibu-negara-terkawal-kpn-20250619
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:35 MYT
Kuala Lumpur, 18 Jun 2025 – Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal dan Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman meskipun dua insiden tembakan dilaporkan berlaku di Brickfields dan Cheras dalam tempoh empat hari.

Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua kejadian dipercayai berpunca daripada perseteruan antara suspek dan mangsa serta mempunyai motif tertentu, dan bukannya melibatkan tembakan rambang.

“Seperti yang dinyatakan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, kejadian tersebut melibatkan sasaran tertentu dan ia berlaku akibat konflik yang tercetus di luar kawasan ibu negara.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana keselamatan di sekitar Kuala Lumpur masih terkawal,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of 1 person and text that says '樂滅 RAZARUDIN RAZA RAZARUDIN 100 BERNAMA'
 
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2025 12.20 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.57 PM