Article
Artikel Pilihan Dua Atlet Pdrm Juarai Kejohanan Langkawi Swimming Festival 2024
Langkawi, 2 Jun 2024 - Tanpa kenal erti putus asa, dua atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menjuarai Kejohanan Langkawi Swimming Festival 2024, di Panta...
Langkawi, 2 Jun 2024 - Tanpa kenal erti putus asa, dua atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menjuarai Kejohanan Langkawi Swimming Festival 2024, di Pantai Tanjung Rhu, di sini, pada hari ini.
Untuk rekod, Inspektor Abdul Hai menduduki tempat pertama selepas mencatat 2 jam 55 minit 13 saat, manakala Konstabel Muhammad Afzal di kedudukan kedua dengan masa 3 jam 10 minit 10 saat.
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim berkata, kejohanan melibatkan jarak sejauh lapan kilometer.
"Kejohanan ini bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di mana sebanyak 21 negara telah mengambil bahagian dalam edisi kali ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.sinarharian.com.my/article/667952/berita/semasa/dua-atlet-pdrm-juarai-kejohanan-langkawi-swimming-festival-2024?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR3v6bHDRF1qaY54hbWGQFgsvLsWw7T3dppl1hlZgFf7iCT_LLGa4M5Q6VI_aem_ATEKfRZF23UCXrtsHRGV21JzJbLaHjcgXr6iJFmkJS0P0qg8SO_1vEaXxSM6Ts1uzWtcQ3n7ebP9bP2CQG-uWDFz#google_vignette