Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Dua Anggota Polis Cedera Ketika Cuba Menahan Lelaki Sri Lanka

Published: 02 Nov 2022 1.35 PM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Klang, 2 November 2022 - Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan seorang lelaki warganegara Sri Lanka yang menceroboh sebuah rumah di Batu 4 Jalan Kapar dekat sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dua-anggota-polis-cedera-ketika-cuba-menahan-lelaki-sri-lanka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:14 MYT
Klang, 2 November 2022 - Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan seorang lelaki warganegara Sri Lanka yang menceroboh sebuah rumah di Batu 4 Jalan Kapar dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, dua anggota berusia 50-an dan 30-an itu yang bertugas di Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, cedera pada kepala.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang memaklumkan rumahnya dimasuki individu tidak dikenali.

"Setiba di lokasi, dua anggota berkenaan masuk ke dalam rumah dan melihat seorang lelaki berada di dalam rumah.

"Ketika cuba menahan suspek, lelaki itu bertindak agresif dan menyerang anggota polis dengan menggunakan batu.

"Susulan pergelutan itu, seorang daripada anggota mengalami lebam pada kepala manakala seorang lagi menerima enam jahitan pada kepala," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../dua-anggota-polis-cedera...

ArticlePublished 02 Nov 2022 1.35 PMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM