Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Dua Anggota Keselamatan Hilang Ditemui Lemas

Published: 04 Dec 2020 2.22 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Miri, 4 Disember 2020 - Mayat seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang polis bantuan Petronas yang dikhuatiri lemas di kawasan Hulu Baram semalam, dijumpai hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dua-anggota-keselamatan-hilang-ditemui-lemas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:40 MYT
Miri, 4 Disember 2020 - Mayat seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang polis bantuan Petronas yang dikhuatiri lemas di kawasan Hulu Baram semalam, dijumpai hari ini.

Anggota PGA berkenaan dikenali sebagai Sarjan Simon Laja dan polis bantuan yang hanya dikenali sebagai Sarjan Kemiang dijumpai kira-kira pukul 3 petang tadi berhampiran Sungai Layun, Sarawak.

Mereka dipercayai dibawa arus deras pada kira-kira pukul 6.40 petang semalam semasa sedang melakukan operasi bersama enam lagi anggota.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Ismail mengesahkan kejadian itu menerusi mesej aplikasi WhatsApp.

“Mayat kedua-dua mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Long Lama. Batalion Ke-12 PGA sedang menguruskan untuk membawa balik mayat kedua-duanya ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Sumber:
BERNAMA

Artikel Pilihan Dua Anggota Keselamatan Hilang Ditemui Lemas
ArticlePublished 04 Dec 2020 2.22 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM