Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Dsa Natsec Asia 2022 Kembali Rancakkan Industri Pertahanan

Published: 26 Mar 2022 8.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 26 Mac 2022 - Setelah tiga tahun Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) ‘senyap’ ekoran wabak COVID-19, kini ia kembali dan pastinya dinantikan-nantikan penggiat industri pertahanan tempatan serta global.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dsa-natsec-asia-2022-kembali-rancakkan-industri-pertahanan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:13 MYT
Kuala Lumpur, 26 Mac 2022 - Setelah tiga tahun Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) ‘senyap’ ekoran wabak COVID-19, kini ia kembali dan pastinya dinantikan-nantikan penggiat industri pertahanan tempatan serta global.

Acara dwitahunan yang kali terakhir diadakan pada 2018 itu, kali ini dianjurkan dengan tema "Advancing into a New Era of Defence and Security" dan akan disertai lebih 1,000 pempamer dari 60 negara yang dijangka menarik 50,000 pengunjung perdagangan seluruh dunia.

Pameran yang berlangsung 28 hingga 31 Mac ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini dilihat memainkan peranan besar bagi meletak Malaysia dalam peta pertahanan antarabangsa terutama ketika dunia beralih ke era pascapandemik.

Buat pertama kalinya juga, pameran DSA dan NATSEC Asia 2022 ini akan dilengkapi platform maya sebagai komponen nilai tambah bagi membantu peserta mengakses kandungan sebelum, semasa dan selepas pameran.

Jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama memeriahkan dan melihat dengan lebih dekat lagi aset serta teknologi pertahanan dari seluruh Asia yang akan dipamerkan bermula Isnin ini!

Bacaan lanjut adalah seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 26 Mar 2022 8.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM