Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Dron Polis Jumpa Bapa Lemas Selamatkan Anak

Diterbitkan: 27 Mar 2023 12.45 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putatan, 27 Mac 2023 - Selepas hampir 16 jam hilang, mayat lelaki yang dilaporkan hanyut ketika menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh bersama kereta di sungai Kampung Imbahan, di sini, ditemui, 9.15 pagi, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dron-polis-jumpa-bapa-lemas-selamatkan-anak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:50 MYT
Putatan, 27 Mac 2023 - Selepas hampir 16 jam hilang, mayat lelaki yang dilaporkan hanyut ketika menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh bersama kereta di sungai Kampung Imbahan, di sini, ditemui, 9.15 pagi, hari ini.

Mayat Lasibi Lawahidu, 40, ditemui oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan dron dari Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi pencarian hari kedua hari ini bermula 6 pagi selepas ditangguh 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan hampir 70 pegawai dan anggota daripada setiap agensi keselamatan menjalankan tugas pencarian.

"Alhamdulillah, pada 9.15 pagi tadi, pasukan penyelamat SAR berjaya menemukan mangsa dalam keadaan terapung dengan jarak 300 meter daripada lokasi di mana mangsa dilihat tenggelam ketika menyelamatkan anaknya, semalam.

"Mangsa telah kita keluarkan dari sungai dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

"Operasi disertai PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah; PGU, Pasukan Penyelamat Di Air, Jabatan Sukarelawan Malaysia; dan penduduk kampung," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../dron-polis-jumpa-bapa-lemas...

Sumber: PDRM DRONE UNIT dan Harian Metro

May be an image of outdoors
ArtikelDiterbitkan 27 Mar 2023 12.45 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM