Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Ditegah Buat Pemeriksaan Rambang Terhadap Warga Asing

Published: 06 May 2021 1.21 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 7 Mei 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-ditegah-buat-pemeriksaan-rambang-terhadap-warga-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:38 MYT

Kuala Lumpur, 7 Mei 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

Beliau berkata, ia adalah untuk mengelakkan segelintir pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

"Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu, polis juga tidak boleh menahan mereka sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya," katanya.

Dato' Sri Acryl Sani berkata, amalan dan budaya sedemikian adalah satu daripada ruang-ruang yang akan membawa kepada salah guna kuasa oleh polis.

Sumber: Berita Harian Online

Artikel Pilihan Ditegah Buat Pemeriksaan Rambang Terhadap Warga Asing
ArticlePublished 06 May 2021 1.21 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM