Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Demi Minat Imam Muda Kini Bergelar Anggota Polis

Published: 09 Jun 2023 3.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../demi-minat-imam-muda-kini....
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-demi-minat-imam-muda-kini-bergelar-anggota-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:31 MYT
Segamat, 9 Jun 2023 - "Tidak semestinya penghafal al-Quran hanya boleh menjadi imam atau penceramah agama sahaja, tanggapan itu perlu diubah," kata Muhammad Faris Azhar, 21 juga tahfiz kini bergelar anggota polis.

Minatnya yang mendalam terhadap pasukan keselamatan itu direalisasikannya dengan mengikuti Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK), Konstabel Lelaki Bilangan 56 Siri 9/2022 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Batu Anam, di sini, selama enam bulan.
Malah, komitmennya yang tinggi menjadikan anak bongsu daripada dua beradik itu turut dilantik menjadi Imam kepada pelatih konstabel di PLAK.

"Tuntutan menjadi anggota keselamatan untuk keharmonian negara lagi besar kerana tidak ramai yang berlatar belakang agama menceburi bidang itu.
"Saya memang minat polis sejak sekolah kerana penampilan yang kemas, segak dan mengutamakan disiplin dalam tugas.

"Sebaik tamat sekolah menengah, saya memohon untuk menyertai PLAK tahun lalu selepas mengetahui banyak kekosongan jawatan konstabel polis," katanya ketika ditemui.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../demi-minat-imam-muda-kini....

Artikel Pilihan Demi Minat Imam Muda Kini Bergelar Anggota Polis
ArticlePublished 09 Jun 2023 3.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM