Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Dato Sri Shuhaily Dipilih Pengarah Jsj Berdasarkan Integriti Pengalaman Kpn

Published: 15 Aug 2023 9.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023 - Pemilihan CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan pengalaman, integriti dan kemahiran yang dinilai bahagian tertinggi bahagian pengurusan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dato-sri-shuhaily-dipilih-pengarah-jsj-berdasarkan-integriti-pengalaman-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:51 MYT
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023 - Pemilihan CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan pengalaman, integriti dan kemahiran yang dinilai bahagian tertinggi bahagian pengurusan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Hussain berkata, terdapat beberapa nama lain turut diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan Pengarah JSJ.

“Pemilihan nama dibuat oleh saya dan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut mengikut senioriti, pengalaman, umur dan integriti.

“Kita bukan memilih secara ‘hand-picked’ tetapi kita ada beri tiga atau empat nama pegawai dalam pemilihan ini,” kata beliau pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini hari ini.

Bacaaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../shuhaily-dipilih-pengarah.../

Sumber: Utusan Malaysia

 
ArticlePublished 15 Aug 2023 9.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM