
Article
Artikel Pilihan Dato Sri Ayob Khan Yakin Orang Ramai Tak Tertipu Dengan Individu Menyamar Dirinya
Kota Bharu, 29 Oktober 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, yakin masyarakat tidak terpedaya dengan individu yang menyama...
Kota Bharu, 29 Oktober 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, yakin masyarakat tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai dirinya.
Beliau mengakui tidak mengetahui motif individu berkenaan menyamar sebagai dirinya dengan membuka laman sembang di WhatsApp.
"Saya tidak tahu apa tujuan individu yang menyamar untuk menjadi saya dan membuka kumpulan WhatsApp, namun saya yakin masyarakat tidak akan tertipu dengan individu berkenaan.
"Bagaimanapun, laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dilakukan manakala individu berkenaan giat dikesan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kelantan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Kelantan.
Polis Diraja Malaysia dilaporkan sedang mengesan individu yang menyamar sebagai Ayob Khan di aplikasi WhatsApp.