Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Cuti 117 000 Pegawai Dan Anggota Polis Dibeku Sempena Perayaan Aidilfitri Mdn

Published: 13 Apr 2023 5.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hanya 10 peratus daripada 130,000 jumlah keanggotaan perkhidmatan awam itu dibenarkan bercuti dan pulang berhari raya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-cuti-117-000-pegawai-dan-anggota-polis-dibeku-sempena-perayaan-aidilfitri-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:29 MYT
Sabak Bernam, 13 April 2023 - Cuti kira-kira 117,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan musim perayaan Aidilfitri minggu depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hanya 10 peratus daripada 130,000 jumlah keanggotaan perkhidmatan awam itu dibenarkan bercuti dan pulang berhari raya.

Menurutnya, meskipun dalam musim perayaan, namun penugasan PDRM amat penting dan tidak sesekali berkrompromi dari segi tanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan keharmonian serta keamanan negara.

"Kita akan berikan cuti selepas perayaan secara bergilir-gilir kerana itu adalah kaedah untuk menentukan bahawa aspek keselamatan negara tidak terjejas walaupun pada musim perayaan," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../aidilfitri-cuti-117000...

Sumber: Sinar Harian

Aidilfitri: Cuti 117,000 anggota, pegawai polis dibeku
ArticlePublished 13 Apr 2023 5.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM