Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Crime Alert Padah Berbogel Dalam Wechat Mangsa Diperas Ugut

Published: 25 Sep 2020 2.51 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 25 September 2020 - Pengguna aplikasi sosial diingatkan tidak sekali-kali mempamerkan tubuh mereka tanpa pakaian ketika berhubung sama ada melalui video atau gambar dengan mana-mana wanita yang baru dikenali menerusi mana-mana laman sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-crime-alert-padah-berbogel-dalam-wechat-mangsa-diperas-ugut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:12 MYT

Kuala Lumpur, 25 September 2020 - Pengguna aplikasi sosial diingatkan tidak sekali-kali mempamerkan tubuh mereka tanpa pakaian ketika berhubung sama ada melalui video atau gambar dengan mana-mana wanita yang baru dikenali menerusi mana-mana laman sosial.

Ini berikutan Polis Kontinjen Kuala Lumpur membongkar kegiatan jenayah pemerasan dengan tertangkapnya satu kumpulan terdiri dari tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 22 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin, berkata melalui modus operandi kumpulan ini, adalah menggunakan dua wanita rakan subahat mereka untuk menarik perhatian mangsa atau sasaran yang dikenali melalui aplikasi WeChat.

"Wanita terbabit akan memainkan peranan dengan cara percakapan lucah serta menunjukkan tubuh badan dalam keadaan separuh bogel.

"Pada masa sama, suspek wanita akan memaksa mangsa berbogel dalam panggilan video dan tanpa disedari suspek membuat rakaman terhadap panggilan video berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Datuk Saiful Azly berkata selepas selesai panggilan video berkenaan, perancang utama akan menghantar satu mesej ugutan kepada setiap mangsa melalui aplikasi WhatsApp untuk mengedarkan gambar bogel mereka dalam laman sosial dan meminta wang tunai RM10,000 bagi setiap panggilan video berjaya dibuat.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/73…/padah-berbogel-dalam-wechat

Sumber: Berita Harian Online

ArticlePublished 25 Sep 2020 2.51 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM