Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Prn Sabah Pdrm Siap Siaga Kpn

Diterbitkan: 26 Sep 2020 2.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 26 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga bagi mengawal keselamatan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-prn-sabah-pdrm-siap-siaga-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:51 MYT

Kuala Lumpur, 26 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga bagi mengawal keselamatan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador berkata, orang ramai tidak perlu bimbang tentang keselamatan kerana penugasan polis bagi memantau keadaan amat mencukupi.

Tegasnya, yang lebih penting adalah orang ramai tidak melupakan penjagaan kesihatan selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Seramai 7,488 anggota yang bertugas sentiasa bersedia memberi jaminan keselamatan sepanjang proses pengundian.

"Semua warga kerja PDRM di Sabah juga diingatkan mematuhi SOP bidang kerja masing-masing" katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Hamid menegaskan, arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas Op Benteng untuk melakukan tangkapan terhadap PendatangTanpa Izin (PATI) dengan mematuhi SOP yang disediakan.

Tegasnya, tindakan penguatkuasaan juga akan diperketatkan selain tindakan tegas terhadap individu yang sengaja membuat kacau atau tidak mematuhi SOP.

Bacaan lanjut di keratan akbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'ABDUL HAMID BADOR PDRM siap siaga KUALA LUMPUR: Malaysia siap Polis (PRN) kepada bagi mencukupi lebih Standard
ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2020 2.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM