Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Tangani Kes 3r

Diterbitkan: 18 May 2023 1.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 18 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Khas 3R khusus untuk menangani isu berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, agama dan bangsa yang boleh mengganggu-gugat keharmonian serta perpaduan di negara ini. Penubuhan pasukan khas di bawah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu atas inisiatif Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bukit-aman-tubuh-pasukan-khas-tangani-kes-3r
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:13 MYT
Kuala Lumpur, 18 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Khas 3R khusus untuk menangani isu berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, agama dan bangsa yang boleh mengganggu-gugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.
Penubuhan pasukan khas di bawah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu atas inisiatif Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Tan Sri Acryl Sani berkata, pasukan khas itu diarah menjalankan setiap siasatan berhubung kes 3R yang merujuk "race" (bangsa), "religion" (agama) dan "royalty" (institusi diraja) dalam kadar segera, sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan.
"Setiap kes disiasat hendaklah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh siasatan dibuka.

"Siasatan kes oleh pasukan khas ini meliputi Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948, iaitu bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan kepada mana-mana Raja dan Seksyen 3(1)(e) Akta Hasutan 1948 iaitu mengembang perasaan niat jahat atau permusuhan antara kaum dan Seksyen 4(1) akta yang sama," katanya pada Majlis Minum Petang bersama Pengamal Media di Bukit Aman, di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-tubuh-pasukan...

Artikel Pilihan Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Tangani Kes 3r
ArtikelDiterbitkan 18 May 2023 1.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM