Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Bukit Aman Lumpuhkan 5 Kumpulan Kongsi Gelap Di Selangor

Published: 29 May 2024 7.46 AM Updated: 15 Aug 2026 8.11 PM
Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 - Seramai 21 ahli kumpulan jenayah terancang daripada lima kumpulan kongsi gelap diberkas dalam serbuan Operasi Lima (Op Lima) oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bukit-aman-lumpuhkan-5-kumpulan-kongsi-gelap-di-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:18 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 - Seramai 21 ahli kumpulan jenayah terancang daripada lima kumpulan kongsi gelap diberkas dalam serbuan Operasi Lima (Op Lima) oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Semua 21 ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08, Geng 21, Geng 18, Geng 24 dan Geng 36 diberkas dalam serbuan sekitar Johor, Pahang dan Selangor bermula 3 Mei hingga 30 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua 21 ahli kumpulan berusia antara 26 hingga 51 tahun itu aktif dalam kegiatan bunuh, dadah, pemerasan dan khianat dengan api.

"Semua mereka dari lima ahli kumpulan berbeza ini didapati aktif dalam kegiatan jenayah terancang di sekitar Selangor sejak tahun 2019.

"Pada masa ini kita mengesyaki sekurang-kurangnya 10 lagi ahli daripada lima kumpulan yang sama sudah lari menyembunyikan diri apabila menyedari ahli-ahli lain sudah diberkas," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-lumpuhkan-5...

 
ArticlePublished 29 May 2024 7.46 AMUpdated 15 Aug 2026 8.11 PM