Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Bukit Aman Lancar Pelan Tindakan Antirasuah Pdrm Esok

Published: 25 Nov 2020 1.44 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 25 November 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Pelan Tindakan Antirasuah PDRM sebagai usaha menangani gejala rasuah dalam kalangan warga pasukan keselamatan itu dengan lebih tegas, esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bukit-aman-lancar-pelan-tindakan-antirasuah-pdrm-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:03 MYT
Kuala Lumpur, 25 November 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Pelan Tindakan Antirasuah PDRM sebagai usaha menangani gejala rasuah dalam kalangan warga pasukan keselamatan itu dengan lebih tegas, esok.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, CP Dato’ Zamri Yahya berkata pelan berkenaan akan menjadi rangka tindakan kepada pasukan itu dalam memerangi gejala rasuah bagi tempoh empat tahun sehingga 2024.

Selain menyentuh aspek antirasuah, beliau berkata pelan itu juga banyak menyentuh aspek tadbir urus dengan lebih meluas supaya PDRM dapat diuruskan dengan baik bagi membolehkan prestasi dan perkhidmatan diberikan sebaik mungkin.

“Pelan ini mula dirangka pada 2018 apabila kerajaan mahu semua jabatan mempunyai pelan antirasuah sendiri selaras dengan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023,” katanya kepada Bernama dalam wawancara khas sempena Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah PDRM di Bukit Aman.

Dato’ Zamri berkata pelancaran pelan itu akan disiarkan secara langsung di laman Facebook PDRM pada jam 10 pagi dan dijangka disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Saksikan secara langsung Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PAPDRM) yang akan dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bertempat di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman pada hari esok, 26 November 2020 jam 10.00 pagi menerusi Facebook Rasmi  (JIPS) dan Polis Diraja Malaysia.

Sumber:
BERNAMA

Artikel Pilihan Bukit Aman Lancar Pelan Tindakan Antirasuah Pdrm Esok
ArticlePublished 25 Nov 2020 1.44 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM