
Artikel
Artikel Pilihan Bukit Aman Gempur Kilang E Waste Tanpa Lesen Curi Kabel Tm
Petaling Jaya, 20 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia menggempur sebuah kilang pengumpulan barangan elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, Selangor kerana...
Petaling Jaya, 20 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia menggempur sebuah kilang pengumpulan barangan elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, Selangor kerana memiliki kabel elektrik hasil curi bernilai RM156,000 semalam.
Menerusi serbuan dari Bahagian Risikan/Operasi (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dilakukan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Tanah Kuala Langat, Tenaga Nasional Berhad serta Telekom Malaysia (TM).
Lebih mengejutkan, kilang dengan anggaran keluasan empat padang bola sepak itu dilengkapi hostel pekerja dan kedai runcit.
Ketua Penolong Pengarah (D4) JSJ Bukit Aman, SAC Dato' S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, kilang berkenaan terletak di tengah ladang kelapa sawit sejauh enam kilometer dari jalan utama bagi kegiatan mereka tidak dihidu pihak berkuasa.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../bukit-aman-gempur-kilang-e.../
Sumber: Utusan Malaysia