Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Bukit Aman Ambil Alih Kes Tiga Pemain Bola Sepak Negara

Diterbitkan: 08 May 2024 9.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.14 PM
Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 - Bukit Aman membuat keputusan untuk mengambil alih siasatan kes yang melibatkan tiga pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bukit-aman-ambil-alih-kes-tiga-pemain-bola-sepak-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:14 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 - Bukit Aman membuat keputusan untuk mengambil alih siasatan kes yang melibatkan tiga pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

Ini kerana kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ia diklasifikasikan sebagai rentas kontinjen.

“Dalam dimensi lebih luas pihak polis ingin mengkaji sama ada serangan ke atas FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sebulan lepas mempunyai kaitan juga dalam konteks serangan-serangan terhadap pemain kebangsaan ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, modus operandi suspek terhadap ketiga-tiga kes juga sama iaitu selang dua hari, dilakukan suspek secara berpasangan, dan mangsa diikuti sebelum serangan dibuat.

Pihaknya bagaimanapun masih mengenal pasti motif.

“Motif tidak dapat lagi. Serangan pertama menyebabkan kerugian, kedua kecederaan dan yang ketiga juga kerugian serta kerosakan kenderaan,” jelasnya.

Katanya daripada ketiga-tiga kes ini, dua supek telah ditahan.

Beliau turut mengingatkan pemain bola sepak liga kebangsaan yang lain supaya lebih berhati-hati, dan ambil langkah berjaga-jaga sekiranya merasakan ada sesuatu yang di luar kebiasaan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.buletintv3.my/.../bukit-aman-ambil-alih.../

Sumber: Buletin TV3

May be an image of 4 people and text

May be an image of ‎3 people, dais and ‎text that says '‎BUK בורעא BUKIT AMAN AilH‎'‎‎

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 08 May 2024 9.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.14 PM