Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Berbasikal Di Lebuh Raya Boleh Didenda Hingga Rm5 000 Penjara 12 Bulan

Published: 17 Oct 2021 1.49 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-berbasikal-di-lebuh-raya-boleh-didenda-hingga-rm5-000-penjara-12-bulan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

"Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

"Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu kumpulan berbasikal yang kembali panas di media sosial memaparkan gelagat mereka menunggang basikal hingga membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../berbasikal-di-lebuh-raya...

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 17 Oct 2021 1.49 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM