Article
Artikel Pilihan Bekas Kpd Putrajaya Manfaatkan Layang Layang Sebagai Agenda Perangi Dadah
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL PILIHAN: BEKAS KPD PUTRAJAYA MANFAATKAN LAYANG-LAYANG SEBAGAI AGENDA PERANGI DADAH
Melaka, 16 September 2024 - Permainan layang-layang dijadikan platform oleh pelayang, yang juga pesara polis, bekas Ketua Polis Daerah (KPD) Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali, untuk mempromosikan agenda memerangi jenayah dalam kalangan masyarakat.
Beliau yang juga ahli Persatuan Pelayang Johor berkata, layang-layang yang dibawa ke setiap karnival mengandungi elemen kepolisan seperti anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan kereta peronda polis.
Malah, logo Rakan Cop turut ditempah khas dari luar negara seperti New Zealand, China dan Indonesia.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../bekas-ocpd-manfaatkan...
Sumber: Harian Metro
