Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Batalion 6 Pga Bakri Dikerah Ke Selangor Sejak Ahad Lalu

Published: 22 Dec 2021 10.39 AM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Muar, 22 Disember 2021 - Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri Muar dikerahkan untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam pada Sabtu dan Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-batalion-6-pga-bakri-dikerah-ke-selangor-sejak-ahad-lalu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:51 MYT
Muar, 22 Disember 2021 - Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri Muar dikerahkan untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam pada Sabtu dan Ahad lalu.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, DSP Salehin Suleiman berkata, pihaknya bekerjasama dengan Briged Tengah PGA Cheras dan Briged Utara PGA Ipoh, Perak dalam misi bantuan berkenaan.

"Kerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di dalam menyelamatkan mangsa yang terkandas dan memindahkan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara yang berdekatan.

"Seorang pegawai dan 41 anggota PGA Muar juga ditugaskan untuk membantu IPD Shah Alam di lokasi banjir di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:
Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 22 Dec 2021 10.39 AMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM