Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Banjir Jangan Bahayakan Nyawa Sendiri Dan Anggota Keselamatan Timbalan Kpn

Diterbitkan: 10 Dec 2024 2.37 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Chukai, 10 Disember 2024 - Mangsa banjir dinasihatkan segera berpindah dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya kediaman mereka dinaiki air.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-banjir-jangan-bahayakan-nyawa-sendiri-dan-anggota-keselamatan-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:31 MYT
Chukai, 10 Disember 2024 - Mangsa banjir dinasihatkan segera berpindah dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya kediaman mereka dinaiki air.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan segelintir mangsa yang enggan berpindah, bukan sahaja menjejaskan tugas menyelamat, sebaliknya boleh membahayakan nyawa anggota.

"Kalau sudah diberi arahan berpindah, pindahlah. Ini untuk keselamatan mereka dan kalau lambat berpindah akan menjejaskan operasi menyelamat dan membahayakan pasukan penyelamat yang dihantar ke lokasi untuk menyelamatkan mereka," katanya.

Beliau ditemui selepas melawat Taman Perumahan Rakyat, Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, di sini, yang terjejas banjir.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 10 Dec 2024 2.37 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM