Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Rugi Rm3 2 Juta Akibat Bencana Alam Sepanjang Mtl

Diterbitkan: 10 Dec 2024 2.12 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Hulu Dungun, 10 Disember 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini mengalami kerugian RM3.2 juta akibat kerosakan balai dan pondok polis di 42 lokasi seluruh negara susulan bencana alam yang berlaku sepanjang musim Monsun Timur laut (MTL) ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-rugi-rm3-2-juta-akibat-bencana-alam-sepanjang-mtl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:28 MYT
Hulu Dungun, 10 Disember 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini mengalami kerugian RM3.2 juta akibat kerosakan balai dan pondok polis di 42 lokasi seluruh negara susulan bencana alam yang berlaku sepanjang musim Monsun Timur laut (MTL) ini.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2.5 juta kerugian direkodkan akibat 32 lokasi balai dan pondok polis yang dilanda banjir.

“Manakala selebihnya akibat kejadian rebut yang merosakkan bumbung dan siling di Sembilan lokasi melibatkan kerugian sebanyak RM559,00 manakala akibat kejadian pokok tumbang di satu lokasi melibatkan kerugian RM200,000”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Penyampaian Sumbangan kepada mangsa banjir di Balai Polis Kuala Jengai di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 10 Dec 2024 2.12 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM