Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Banjir Hampir 70 000 Sedia Dikerah Hadapi Banjir Pm

Published: 25 Oct 2022 12.53 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2131877
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-banjir-hampir-70-000-sedia-dikerah-hadapi-banjir-pm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:36 MYT
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2022 - Seramai 69,235 anggota keselamatan dan penyelamat di seluruh negara sedia dikerahkan untuk menghadapi bencana banjir, kata Perdana Menteri (PM), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, jumlah berkenaan merangkumi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 21,018, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (18,511), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) (14,829), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (10,510) dan RELA Malaysia (RELA) (4,367). “Jumlah berkenaan akan ditambah sekiranya ia tidak mencukupi. “Untuk banjir pihak PDRM telah bersedia...bukan setakat PDRM tetapi bersama agensi-agensi lain di bawah KDN (Kementerian Dalam Negeri (KDN)) seperti RELA, selain APM dan ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas selepas Taklimat Pilihan Raya Umum ke-15 dan Monsun Timur Laut 2022 di Bukit Aman, di sini, hari ini. Mengenai persiapan logistik menghadapi bencana banjir, Perdana Menteri berkata 1,816 bot PDRM, kenderaan pacuan empat roda (1,810), lori (1,596), 19 aset udara dan lain-lain aset udara akan terlibat untuk operasi banjir.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2131877

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 25 Oct 2022 12.53 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM