Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Banjir 7 047 Anggota Polis Dikerah Di Lapan Negeri Timbalan Kpn

Published: 20 Dec 2021 2.18 PM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Alor Setar, 20 Disember 2021 - Seramai 7,047 anggota polis digerakkan di lapan buah negeri bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-banjir-7-047-anggota-polis-dikerah-di-lapan-negeri-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:18 MYT
Alor Setar, 20 Disember 2021 - Seramai 7,047 anggota polis digerakkan di lapan buah negeri bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, jumlah tersebut membabitkan 568 pegawai dan 6,479 anggota yang dikhaskan untuk mencari dan menyelamat mangsa banjir.

Menurut beliau, bagi negeri-negeri yang tidak terlibat diminta bersiap-sedia pada bila-bila masa untuk membantu negeri yang terjejas jika dikerahkan.

"Bagi banjir memang kita gerakkan aset bukan sahaja di negeri lain tapi ada juga dari Bukit Aman sebab kita mendapati bahawa perlu ada aset tambahan membantu mangsa banjir.

"Kita setakat sekarang telah mengerakkan keanggotaan sebanyak 7,047 yang melibatkan 568 pegawai dan 6,479 anggota turun padang di setiap negeri terkesan akibat banjir," katanya pada sidang akhbar di Alor Setar pada Isnin.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Banjir-7047-anggota...

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 20 Dec 2021 2.18 PMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM