Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Bakti Di Hujung Perkhidmatan

Published: 06 Mar 2021 12.13 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rembau, 6 Mac 2021 - "Keberanian itu datang selepas saya melihat seorang ibu hampir tidak berdaya menyelamatkan anaknya," begitulah ungkapan seorang anggota polis, Sarjan Mat Shah Kasim, 57, yang menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bakti-di-hujung-perkhidmatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 03:29 MYT

Rembau, 6 Mac 2021 - "Keberanian itu datang selepas saya melihat seorang ibu hampir tidak berdaya menyelamatkan anaknya," begitulah ungkapan seorang anggota polis, Sarjan Mat Shah Kasim, 57, yang menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, kelmarin.

Dalam kejadian kebakaran jam 6.40 petang itu, warga emas, Maimunah Mohd Shah, 81, cuba masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar menerusi pintu dapur bagi menyelamatkan anaknya, Zaidi Zainuddin, 46, yang berstatus orang kurang upaya (OKU).

Sarjan Mat Shah yang melihat kejadian itu menghalang warga emas terbabit sebelum nekad memasuki rumah terbabit dan berjaya menyelamatkan Zaidi.

Menurutnya, ketika itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Berkat, Chembong, Batu 17, di sini.

"Saya dalam perjalanan balik selepas habis bertugas. Saya bersyukur pada Allah dalam keadaan api yang sedang marak, saya diberi kekuatan untuk membantu.

"Perkara ini tidak dirancang tapi inilah takdir Allah malah saya bersyukur tidak cedera namun amat bersedih kerana mangsa mendapat kecederaan," katanya yang bertugas di Cawangan Logistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

"Saya berkhidmat setahun lagi sebelum bersara wajib. Ini antara pengalaman menarik saya di hujung perkhidmatan," katanya lagi.

Sumber: Harian Metro


ArticlePublished 06 Mar 2021 12.13 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM