Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Awas Sindiket Macau Scam Menyamar Wakil Insurans Pula Pengarah Jsjk

Published: 17 Apr 2022 1.45 AM Updated: 15 Aug 2026 6.29 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, secara asasnya, modus operandi sindiket itu sama dengan menghubungi mangsa menerusi panggilan telefon.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-awas-sindiket-macau-scam-menyamar-wakil-insurans-pula-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 08:04 MYT
Kuala Lumpur, 17 April 2022 - Sindiket "Macau Scam" semakin licik memperdayakan mangsa apabila dikesan menggunakan jerat terbaru dengan menyamar sebagai wakil insurans.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, secara asasnya, modus operandi sindiket itu sama dengan menghubungi mangsa menerusi panggilan telefon.

"Individu terbabit (yang menghubungi mangsa) akan mendakwa mereka sebagai wakil insurans sebelum memaklumkan bahawa mangsa ada membuat tuntutan insurans palsu.
"Mangsa yang menafikan perkara itu kemudian diminta membuat laporan polis melalui panggilan telefon.

"Menerusi panggilan telefon itu, mangsa diarahkan menyerahkan maklumat perbankan bagi tujuan siasatan sehingga menyebabkan mereka kehilangan wang," katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../awas-sindiket-macau-scam...

Sumber: Harian Metro

Awas, sindiket Macau Scam menyamar wakil insurans pula | Harian Metro
ArticlePublished 17 Apr 2022 1.45 AMUpdated 15 Aug 2026 6.29 PM