Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Atipsom Bongkar Mo Aktiviti Pengemis Untuk Kelangsungan Hidup

Published: 16 Feb 2022 7.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Intipan selama lebih sebulan di kawasan-kawasan tumpuan pengemis sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam menunjukkan tiada elemen kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 yang melibatkan eksploitasi mahupun paksaan terhadap golongan pengemis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-atipsom-bongkar-mo-aktiviti-pengemis-untuk-kelangsungan-hidup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:15 MYT
Hasil risikan Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, berjaya membongkarkan sisi sebenar aktiviti ini yang langsung tidak didalangi oleh mana-mana sindiket.

Intipan selama lebih sebulan di kawasan-kawasan tumpuan pengemis sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam menunjukkan tiada elemen kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 yang melibatkan eksploitasi mahupun paksaan terhadap golongan pengemis.

Malah, hasil pemeriksaan dan soal siasat yang dijalankan polis mendapati tiada individu yang berperanan sebagai ketua sindiket atau orang tengah kepada pengemis tersebut.

Ikuti wawancara khas Bernama bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian (D3) ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus bagi mengupas isu lebih lanjut mengenai Modus Operandi (MO) aktiviti pengemis yang semakin berleluasa di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: BERNAMA

Benarkah 'Sindiket' Dalangi Aktiviti Pengemis?
ArticlePublished 16 Feb 2022 7.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM